Kerjasama antara pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan Pakatan Harapan mendapat lebih banyak undi kaum Melayu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Baca: Keupayaan Minda Mahathir Semakin Merosot
Beliau berkata Deklarasi Rakyat yang menggabungkan seteru politik akan memberi manfaat kepada pembangkang kerana Dr Mahathir boleh “membuka mata” golongan atas pagar daripada kalangan pengundi Melayu.
“Deklarasi itu adalah sesuatu yang kita katakan sejak bertahun-tahun, ia merupakan skrip kita, beliau (Mahathir) membaca skrip kita, jadi kita berpeluang menembusi 2-5% pengundi Melayu atas pagar,” kata Rafizi dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan kerjasama di antara pembangkang dan pasukan Dr Mahathir baru-baru ini yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan melancarkan Gerakan Selamatkan Malaysia.
Beliau turut menjelaskan ketika Deklarasi Rakyat yang lalu, Tun Mahathir telah tunduk dengan permintaan Pakatan Harapan Rakyat dan bukan sebaliknya.
“Ketibaan Dr Mahathir di pentas kita, dengan menggunakan skrip kita, akhirnya akan membuka jalan kepada kita kepada 2% hingga 5% pengundi atas pagar atau pengundi Umno yang boleh membawa kemenangan kepada kita,” kata Rafizi.
Jumlah 2% hingga 5% tambahan pengundi Melayu ini boleh menambah 20 hingga 25 kerusi Parlimen, katanya.
Beliau berkata ini kerana pengundi bukan Melayu akan mengkaji semula sokongan mereka kepada pembangkang selepas beberapa penggal jika tiada sebarang perubahan.
“Sokongan penuh daripada pengundi bukan Melayu tidak kekal selama-lamanya, sebab itu kita perlu memberi tumpuan kepada 2% hingga 5% undi Melayu,” katanya.