Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjalankan siasatan berhubung pengakuan Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengaku pergi ke sebuah kelab malam ketika mewakili negara dalam satu pertandingan debat di Manila.
Baca: Disko: Syed Saddiq Mengaku Itu Gambarnya
Menurut Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan berhubung isu tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Pihak UIAM telah memulakan siasatan bagi tujuan mengenal pasti sama ada pelajar terbabit telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah ‘IIUM Students Disciplinary Rues 2004 (Amendment 2014)’.
“Pihak berkuasa tatatertib universiti akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelajar menghormati peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti” katanya memetik kenyataan tersebut sebentar tadi.
Menurut Mizan peraturan yang ditetapkan secara jelas menyatakan peserta debat yang mewakili universiti tidak dibenarkan untuk memasuki pub, kelab malam, pusat hiburan dan sebagainy“Mereka hanya dibenarkan untuk mendengar keputusan pertandingan debat itu dan kemudiannya mereka perlu keluar daripada tempat tersebut.
“Selesai sahaja pengumuman tersebut pendebat sepatutnya meninggalkan majlis tersebut” ujarnya lagi.
Pendebat terbaik Asia yang juga merupakan pelajar jurusan undang-undang di UIAM itu sebelum ini mengakui gambar yang disebarkan di laman sosial itu adalah dirinya.
Blog truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya sebelum ini mendakwa Syed Saddiq terlibat dalam satu ‘berpesta liar’ di sebuah kelab malam Palladium, Manila sewaktu mengikuti program debat di sana. – SuaraTV