Baca juga: Mahathir Yang Menakutkan: Letak Najib Dalam Keadaan Terancam dan Tekanan Yang Melampau
1. Mahathir mendakwa Mohd Najib gagal memerintah sepenuhnya hal negara ini kerana terpaksa meminta kebenaran Perdana Menteri Singapura untuk membina jambatan bengkok dan keretapi laju.
Jambatan Bengkok yang hendak dibina sejak zaman Mahathir bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Singapura menolak cadangan tersebut. Justeru Mahathir memutuskan untuk membina sebelah Malaysia sahaja dengan memotong sebahagian tambak tersebut.
Tidak ada dalam sejarah dunia pembinaan sesebuah jambatan menghubungkan dua negara dilakukan secara unilateral. Ia bukan sahaja tidak diplomatik malah melanggar undang-undang antarabangsa. Namun Mahathir tetap bertegas mahu melaksanakan.
Anehnya, beliau tidak melaksanakan ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau hanya menganugerahkan kontrak tersebut dan kemudian bersara. Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Mohd Najib tidak mahu meneruskan kerana ia membabitkan isu diplomatik dua negara.
Demikian juga landasan keretapi laju. Yang dibincangkan ialah landasan Kuala Lumpur ke Singapura tentulah kena mendapat kerjasama Singapura. Gila apakah ini mahu membina landasan keretapi di Singapura tanpa kebenaran Singapura.
Sangat menyedihkan Mahathir sudah tidak boleh membezakan antara hal dalam negara dengan hubungan antara negara.
2) Mahathir mendakwa Mohd Najib mengupah konsultan Eropah menasihati beliau dalam hal ehwal tempatan sehingga menyebabkan polisi kerajaan ditolak oleh rakyat dan mengakibatkan kos sebanyak RM 7 bilion. Kita cabar Mahathir buktikan dakwaan beliau ini.
Mahathir mungkin terpedaya dengan manipulasi berita internet atau sengaja memanipulasi berita tersebut untuk mengelirukan rakyat.
Angka RM 7.2 bilion ini sebenarnya diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 2013 menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen. Menurut Kementerian Kewangan antara 2009 hingga 2013, kerajaan membelanjakan RM 7.2 billion untuk khidmat syarikat perunding.
Tidak ada sebarang kenyataan bahawa ia membayar konsultan atau syarikat Khidmat Perunding Eropah untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal-hal pembuat polisi.
Jika Mahathir benar-benar jujur tentu beliau maklum bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan penjelasan pada Disember 2013 juga. Bayaran khidmat syarikat perunding yang dimaksudkan ialah membabitkan pelbagai syarikat dalam dan luar negara
Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.
Jadi bagaimana Mahathir sanggup menipu rakyat dengan menyatakan RM 7.2 bilion ini merupakan bayaran kepada penasihat luar negara? Cukup-cukuplah memesongkan pemikiran rakyat dengan perkara-perkara yang tiada!
Adalah kewajipan anak-anak Tun Mahathir menghalang bapa mereka menunjukkan kenyanyukan kepada umum. Peliharalah maruah bapa sendiri. Mahathir mungkin tidak salah apa-apa lagi jika beliau nyanyuk. Anak-anaknyalah yang kena memelihara maruah beliau.- MYKMU.NET
