Mahathir Full of Crap! (Siri 2)
Mykmu: Dalam Bahagian Kedua, Mahathir Full Of Crap ini, akan mendedahkan beberapa lagi kesilapan yang mustahil dilakukan oleh Mahathir yang waras dan objektif. Dengan kata lain, Mahathir sekarang hanya berada dalam dua situasi, sama ada
– keupayaan minda beliau sudah merosot dan menghampiri nyanyuk;
– atau beliau akan melakukan apa sahaja pembohongan dan penyelewengan isu untuk menjatuhkan Mohd Najib.
Baca: Mahathir Makin Karut, Makin Ke Laut
Penulis sangat terkejut apabila Mahathir mendakwa Mohd Najib menubuhkan Pemandu di luar kerajaan untuk menguruskan polisi kerajaan dengan mengenepikan EPU dan ICU dalam perancangan dan pelaksanaan.
Tuduhan ini sangat tidak masuk akal kerana Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusi bagi PEMANDU ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Jawatan sebagai Ketua Eksekutif pula disandang oleh YBhg Dato’ Sri Idris Jala.
Jadi bukankah sangat lucu dan tidak masuk akal untuk Mahathir mendakwa Pemandu merupakan sebuah agensi di luar kerajaan yang mengenepikan agensi kerajaan?
Mahathir juga menimbulkan persoalan mengenai tindakan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan. Apakah Mahathir lupa bahawa beliau yang memulakan tradisi Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan?
Kata Mahathir, “Failing to take over the management of the Terengganu Investment Agency (TIA), he set up 1 Malaysia Development Berhad, a company with 1 million Ringgit capital from the Government.”Ini juga merupakan kesalahan fakta yang sangat besar. Kenyataan sebenarnya ialah pada pertengahan Mei 2009, TIA telah menukar nama dan pemilikan kepada 1MDB dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagaimana Tun boleh membuat kesilapan-kesilapan semacam ini sangat menghairankan. Ini menimbulkan persoalan sama ada Tun masih memiliki keadaan pemikiran yang waras untuk diberi kepercayaan.
