Menu


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kecewa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya enggan minum kopi bersamanya bagi menunjukkan bukti mengenai isu pembelian sebuah rumah dan penjualan tanah negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Baca: 

Kata Lim, tindakan seorang ketua menteri menjemput ahli parlimen meminum kopi bersama bagi memberikan penjelasan adalah perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya kecewa, hampa sikit la bila saya menjemput dia, mempelawa dia secara baik pun sediakan secawan kopi untuk dia, pun dia tak wujud.

“Saya rasa itu kali pertama seorang ketua menteri menjemput pihak yang tuduh dia untuk tunjukkan bukti dan dengar penjelasan secara langsung daripada saya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Apa tujuan Lim Guan Eng sebenarnya? Inikah cara nak tunjuk beliau tidak bersalah? Dengan secangkir kopi?

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada beliau untuk bertemu di Komtar hari ini adalah gimik murahan yang menunjukkan ketidakmatangan ketua menteri itu.

Shahbudin sebelum ini membangkitkan isu mengenai pembelian sebuah rumah di Jalan Pinhorn oleh Lim dan penjualan tanah negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Beliau berkata Lim kelihatan begitu bimbang sehingga mencabarnya untuk bersemuka di Komtar bagi 'mencari kebenaran'.

"Kenapa YAB Bagan mencabar saya bersemuka dengannya di pagi Ahad di pejabatnya secara one-to-one? Kenapa beliau perlu berdebat dengan saya?

"Maaf, saya tidak berminat untuk melayan jemputan 'coffee break' seperti ini.

"Saya hanya berminat untuk beliau bekerjasama dengan SPRM untuk siasatan terhadap skandal rumah dan tanah kos rendah Taman Manggis," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di Tasek Gelugor hari ini.

Shabudin berkata Lim cuba untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu yang beliau dibangkitkan di parlimen dengan meminta beliau untuk bersemuka dengannya.

Beliau menambah Lim berniat untuk melabelkan beliau "pengecut" sekiranya beliau enggan.

Katanya, orang ramai kemudian akan lupa isu sebenar melibatkan rumah ketua menteri itu dan isu di Taman Manggis, serta keperluan ketua menteri itu menjawab kepada SPRM.

"Saya berharap YAB Bagan dapat mmeberikan penjelasan sewaktu sesi jawapan kemetenrian berkenaan di parlimen supaya beliau dapat mempertahankan kebenaran beliau dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu peribadi antara saya dan YAB Bagan.

"Tambahan pula, semasa sidang dewan di parlimen, saya bukan dan tidak pernah meminta beliau memberi apa-apa penjelasan terus kepada saya. Sebaliknya saya mengajukan fakta dan persoalan kepada SPRM dan kementerian kewangan untuk mendapatkan jawapan," katanya.

Dalam sidang akhbar itu, Shabudin tidak membenarkan sebarang soalan ditanya.

Beliau sebelum ini menuduh Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Bagaimanapun, Lim menafikan dakwaan itu dan berkata beliau bersedia untuk menjawab tuduhan Shabudin di Parlimen. Lim juga meminta Shabudin mengulangi dakwaannya di luar parlimen agar beliau boleh mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya.



 
Top