Umno perlu sentiasa bersiap sedia dalam menangani propaganda pembangkang – Jailani (Astro Awani ) –Mungkin Jailani perlu tinggal di Hulu Terengganu, tempat asal beliau. Saya menjangkakan, sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani sepatutnya lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya beliau masih berfikiran sempit seperti ahli politik kecil Hulu Terengganu yang biasa.
Umno perlu sentiasa bersedia dalam menangani propaganda parti-parti pembangkang, yang sering memutarbelitkan isu-isu mengenai kerajaan dan parti.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata anggota Umno tidak boleh leka dan terlalu selesa sehingga gagal membuat serangan balas.
“Sebaliknya, kita perlu menguruskan isu-isu dalaman parti dengan baik juga. Jangan meninggalkan kapten kapal keseorangan kerana beliau dipilih oleh parti. Saya juga mengingatkan bahawa pada setiap masa, jangan biarkan ada dua kapten dalam satu kapal. “
Anda boleh membawa orang Melayu keluar dari kampung di ulu tetapi anda tidak boleh membuang fikiran kampung ulu daripada orang Melayu? Jailani perlu mengkaji Sun Tzu dan memahami bahawa peraturan pertama untuk memenangi mana-mana peperangan adalah dengan mengetahui siapa musuh anda. Nampaknya Jailani tidak mengenali musuh Umno.
Pembangkang tidak kuat tetapi Umno yang lemah. Pembangkang tidak pandai . Umno yang bodoh. Jika pembangkang kuat dan bijak, adakah anda fikir mereka akan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad? Mereka sudah tentu akan mengelak daripada bekerjasama dengan Dr Mahathir.
Kenapa Jailani seolah-olah terlepas pandang fakta ini? Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, kononnya! Itu pun tak tahu! Jadi, berhenti menyalahkan pembangkang kerana kelemahan dan kekurangan anda.
Apa yang lebih menarik ialah, pembangkang fikir mereka bekerjasama dengan Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir tidak bekerjsama dengan sesiapa pun, khususnya dengan pembangkang yang beliau benci. Mahathir hanya menggunakan sesiapa sahaja untuk mendapatkan apa yang beliau mahu. Dan Mahathir hanyalah mempergunakan pembangkang.
Jadi, bagaimana Jailani boleh fikir yang pembangkang kuat dan bijak? Pembangkang yang kuat dan bijak tidak akan terpedaya dengan helah Mahathir. Pembangkang fikir mereka menggunakan Mahathir. Yang sebenarnya, ia adalah sebaliknya – Mahathir mempergunakan pembangkang. Dan pembangkang terlalu bodoh untuk menyedari perkara ini.
‘Masterstroke’ Najib adalah membiarkan Mahathir masuk ke dalam perangkap menjadi de facto Ketua Pembangkang yang baru. Sekarang Mahathir sudah musnah, dan beliau mengetahuinya.
Lim Kit Siang perlu membeli pistol dan meletakkan peluru di kepalanya. Beliau kini adalah satu penghinaan kepada DAP dan kaum Cina. Ia kelihatan seperti Mahathir yang separuh Melayu itu telah menyesatkan mereka. Atau adakah orang separuh Melayu seperti saya, jauh lebih bijak daripada orang Cina?
Mahathir memberitahu seluruh negara bahawa beliau menyerang Najib dan mahu Perdana Menteri disingkirkan kerana RM42 bilion wang 1MDB telah hilang. Pada Disember 2014, Mahathir memberitahu Khairuddin Abu Hassan untuk membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil terhadap Najib.
Namun setelah lebih daripada satu tahun sebelum ‘skandal 1MDB’, Mahathir sudah mula menyerang Najib. Beliau mula menyerang Najib selepas anaknya, Mukhriz, gagal memenangi kerusi Naib Presiden Umno. Ketika itu, Kadir Jasin dan Syed Akbar Ali telah diarahkan untuk mula menyerang Najib.
Mahathir marah apabila Mukhriz gagal memenangi salah satu daripada jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2013 – kerana pada 2016 beliau sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dan kemudian menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kemudian sekitar 2020 menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan kemudian mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Walau bagaimanapun, untuk semua ini berlaku, pertamanya, Mukhriz perlu menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2013. Memandangkan itu tidak berlaku maka Mahathir menyalahkan Najib untuk itu. Jadi, pada tahun 2013, Mahathir telah mula menyerang Najib. Apabila serangan seolah-olah tidak membuahkan hasil, pada bulan Ogos 2014, Mahathir mengumumkan bahawa beliau menarik balik sokongan terhadap Najib.
Namun masih tiada apa yang berlaku. Najib masih menjalankan tugas dan kekal kukuh. Oleh itu pada bulan Disember 2014 Mahathir memutuskan untuk menggunakan isu kehilangan RM42 bilion wang 1MDB kerana beliau tahu bahawa hanya dengan isu ini pembangkang akan menyertainya dalam gerakan untuk menggulingkan Najib.
Pada bulan berikutnya, Januari 2015, Najib membalas dengan melantik seorang Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif baru 1MDB dan Mahathir sedar bahawa RM42 bilion wang 1MDB yang lesap tidak akan menjadi isu lagi. Malah, 1MDB akan dapat membuktikan bahawa cerita mengenai RM42 bilion wang 1MDB yang hilang hanyalah pembohongan semata-mata. Jadi Mahathir beralih serangan kepada derma RM2.6 bilion dan mendakwa wang tersebut dicuri daripada 1MDB.
Adakah anda memberitahu saya bahawa Jailani dan Lim Kit Siang dan seluruh pembangkang terlalu bodoh untuk melihat semua ini? Satu kumpulan yang sangat bodoh!
Jadi biarlah saya ulanginya perlahan-lahan kali ini, bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan dari segi mental.
Gerakan untuk menggulingkan Najib bukanlah tentang 1MDB. Ia juga bukan mengenai RM2.6 bilion. Ia adalah tentang gerakan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020. Mahathir perlu melakukan ini supaya bukan sahaja legasi beliau boleh diteruskan tetapi juga supaya berbilion kekayaan Umno yang masih dipegang oleh beliau akan kekal dalam keluarganya.
Adakah anak-anak Mahathir menjadi jutawan disebabkan oleh dedikasi mereka? Tidak sama sekali, mereka mampu jadi jutawan kerana ‘daddy kasi’. Semua harta berbilion ringgit itu bukannya milik bapa mereka untuk diberikan kepada anak-anak Mahathir. Semua itu milik UMNO. Najib mahu Mahathir memulangkan apa yang menjadi milik UMNO.
Masalahnya, anda semua malas membaca. Apa kata baca buku-buku ini (Umno’s Corporate Investments oleh Edmund Terence Gomez, dan Malaysia’s Political Economy:Politics, Patronage and Profits oleh Edmund Terence Gomez dan Jomo K.S.) dan faham mengapa pentingnya untuk Mahathir mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Malaysia Today
