Terkini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jelas kelihatan terdesak untuk
selamatkan diri, keluarganya dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir
Mohamad.
Oleh kerana itu, beliau menuduh PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang tidak sayangkan Malaysia sebaliknya beliau hanya mahu
menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kit Siang berkata, siap berdiam diri Abdul Hadi berkenaan tuduhan
tidak berasas ke atas Najib menunjukkan beliau tidak berminat dengan
nasib Malaysia.
Sebenarnya, beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah cuba
memutarbelitkan persepsi rakyat dengan menunjukkan bahawa sikap Abdul
Hadi sebenarnya hanya ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan bukan
negara Malaysia, lebih kepada mahu menyelamatkan individu.
Hakikatnya, Abdul Hadi tahu permainan jahat DAP dan hasil daripada
kerja jahat itu umat Islam dan bangsa Melayu sudah teruk berpecah-belah
kepada beberapa parti dan kuasa politik orang Islam dan Melayu hampir
jatuh ke tangan pembangkang diketuai DAP dengan cara yang jahat.
PAS melakukan tindakan betul tidak menyebelahi Pakatan Rakyat (PR)
ketika ada desas-desus mereka mahu mengemukakan usul undi tidak percaya
ke atas Najib sekaligus cubaan jahat itu gagal.
Abdul Hadi dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) sebelum ini sudah menyatakan bahawa tuduhan perlu disertakan
dengan bukti berasas serta saksi.
Kata beliau, Najib bukannya malaikat tapi manusia biasa dan tuduhan
yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan
itu.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri
Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas
Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” kata Abdul Hadi sebelum ini.
Kit Siang membuat kenyataan jahat ke atas Abdul Hadi kerana kecewa
PAS sudah enggan membantu DAP dalam pilihan raya sepertimana yang mereka
lakukan untuk bantu Kit Siang menang di kerusi Parlimen Gelang Patah
pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas.
Beliau terdesak mahu raih undi dari orang Melayu untuk PRU ke-14
melalui PAS kerana dalam hatinya, Kit Siang tidak yakin dengan parti
Mahathir, iaitu PPBM kerana ahli parti baru itu tidak sampai 10,000 pun
lagi di seluruh Malaysia.
Selepas PAS enggan lagi ada apa-apa kerjasama dengan PAS, oleh sebab
itu Abdul Hadi terus dikritik serta diperlekeh oleh Kit Siang.
Kini, kami difahamkan bahawa Kit Siang sedang mencari tempat baru dan penyokong
parti mana boleh membantunya menang kerana di seluruh negara orang sudah
mula tawar hati dan mula menolak dirinya.