Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan UMNO kini lebih kuat berbanding dahulu kerana wujudnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana dapat menyingkirkan ahli-ahli gunting dalam lipatan.
"Bagus ada parti bunga, kerana di sini kita boleh lihat siapa ahli UMNO yang menjadi gunting dalam lipatan, kebanyak mereka ini adalah terdiri daripada orang-orang kecewa kerana tidak mendapat projek atau hanya bersama UMNO untuk kepentingan peribadi" katanya.
Razif juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas ahli UMNO yang memasuki PPBM di pecat dari ahli UMNO.
Sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruhkan keadaan, mengadu-domba dan menghasut pemikiran orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan parti UMNO itu sendiri.
Ahmad Razif sebaliknya mahu supaya semua ahli UMNO supaya bersama-sama dengan jentera parti bersiap- sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)tidak lama lagi demi mengukuhkan lagi parti
"Perjuangan UMNO penuh dengan cabaran dan tohmahan yang tidak akan dan tidak pernah melunturkan semangat perjuangan ahli-ahli UMNO dulu, kini dan selamanya.
