Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
“Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya terkena kepala mangsa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya. – hm
