Tersembur kopi saya bilamana terbaca penulisan Zam Maidin di
blognya. Bukan kerana terperanjat... tetapi kerana telahan kelakar yang dibuat beliau
kononnya sebuah analisis berasaskan random sampling. (Zam Maidin buat random
sampling di perhimpunan Bersih 5 agaknya). Malah di akhir penulisan tersebut,
Zam Maidin menegaskan yang penulisannya bukan fitnah tetapi informasi yang
berhemah. Informasi berhemah? Berdekah-dekah saya ketawa dengan penulis syok
sendiri ni.
Antara perenggannya beliau menulis...
“BN Pasti Akan Hilang
Kuasa Di Empat Negeri ...
(antaranya) Di Terengganu,
kepimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal
berada dihujung tanduk dan tidak mesra rakyat malah maruahnya hilang di mata rakyat apabila
semua anugerah kebesarannya dilucutkan
oleh Sultan Terengganu.Beliau satu satunya MB yang tidak bergelar Datuk.
Malah nama MB
Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.
Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah – Zam Maidin 30 November 2016.”
Oleh kerana saya sendiri melihat situasi politik di
Terengganu sejak kepimpinan DS Idris Jusoh sendiri, disusuli DS Ahmad Said dan
kini Ahmad Razif. Sebaiknya saya mengambil pendapat Zam Maidin mengenai ‘kejatuhan
Terengganu’ untuk membuat penilaian kepada penulisan Zam Maidin.
Dari sinilah kita boleh menilai, sejauh manakah kredibiliti dari
analisis serta penulisan Zam Maidin yang boleh digunapakai... atau sekadar penulisan
sampah dan tak boleh pakai.
“Kepimpinan Ahmad
Razif Abd Rahman lebih mudah jatuh...”
Sehari selepas Zam Maidin memuatnaik pendapat hentam keromo
tersebut (tak layak dipanggil informasi berhemah pun sebenarnya), ucapan
Presiden UMNO semasa perasmian PAU 2016 seolah-olah telah menempeleng tepat ke
muka Zam sekaligus menjadikan mata 1-0.
“saya turut berbangga dengan catatan kehalian baru paling
ramai, mengikut ibu pejabat yakni dari UMNO bahagian Kuala Nerus, Terengganu
seramai 2,876 ahli. Dan kategori negeri pula keahlian baru untuk tempoh tahun
ini setakat ini tercata oleh Terengganu Darul Iman berjumlah 9,787 ahli baru
setakat ini” - DS Najib Razak 1 Disember 2016
Apakah indikator yang digunakan oleh Zam Maidin bagi
menunjukkan negeri Terengganu lebih mudah jatuh (ke tangan pembangkang)
sedangkan berlakunya pertambahan dan peningkatan ahli UMNO sebagaimana
dilaporkan ibu pejabat telah mencatatkan rekod paling tinggi di Terengganu?
Zam... ini informasi berhemah atau informasi SAMPAH...?
“Tidak Mesra Rakyat
dan Maruahnya Hilang Di Mata Rakyat”
Melihat kepada interface blog Zam Maidin (yang tidak mesra
pembaca), dan face Zam Maidin sendiri, saya anggarkan penulis cabuk ini ‘tersangkut’
di zaman old school, masih menaip menggunakan typewriter dan tidak memanfaatkan
penggunaan internet dan media sosial secara menyeluruh.
Benarkah Ahmad Razif tidak mesra rakyat? Adakah Zam Maidin
tidak mengikuti perkembangan di laman sosial pemimpin Terengganu itu.
There’s an english saying that “A picture is worth a thousand words”.
There’s an english saying that “A picture is worth a thousand words”.
Zam Maidin cuba mengatakan bahawa orang yang membuat prinsip
tersebut sendiri tidak mesra...? Jenaka apakah ini Zam? Soal istana bukanlah sesuatu
yang gemar disentuh oleh rakyat Terengganu sendiri. Zam hanya perlu faham
rakyat Terengganu akur dan taat kepada titah baginda Sultan. Malah rakyat masih
akur dan tidak membantah Ahmad Razif untuk terus menerajui kepimpinan negeri
Terengganu sebagai Menteri Besar. Bukankah Ahmad Razif juga seorang rakyat yang
taat dan meneruskan tugasannya sebagai Menteri Besar? Jangan jadi sempit... dan
jangan melihat perkara dari satu sudut sahaja.
“Beliau satu-satunya
MB yang tidak bergelar Datuk”
Kamonlah bro... kalau bergelar Tan Sri sekalipun (ini saya
tidak kata siapa-siapa), tetapi tidak ada sumbangan malah kerjabuat pun tidak
nampak. Maka sia-sia saja.
“Nama MB Terengganu
tidak diingati oleh SEBAHAGIAN BESAR rakyat di negeri itu”
Ini saya kira kenyataan paling bodoh yang boleh dikeluarkan
oleh seorang yang pernah memegang title Menteri di Kementerian Penerangan.
Entah dari manalah dia cedok ‘info berhemah’ ini. Kalau dah namanya rakyat di
negeri ini... mustahil SEBAHAGIAN BESAR tidak kenal siapa MB. Kalau ditulis sebilangan
kecil... saya masih boleh terima walaupun masih kurang yakin sepenuhnya yang rakyat
tidak kenal MB.
Last but not least.... tajuk, pembuka serta penutup artikel
itu sendiri yang membuatkan saya gelihati.
Zam Maidin dengan yakinnya mengatakan BN pasti! Pasti! Pasti
sekali akan hilang kuasa di empat negeri. Wah wah wah.. kepastiannya itu pula
bersandarkan suatu analisis atau
ramalan yang mudah berasaskan random
sampling secara senyap di akar umbi oleh beliau sendiri dan kawan-kawannya di
seluruh negeri.
Tertanya saya...Zam Maidin sendiri semasa bertanding di
Parlimen Sungai Petani pada tahun 2008 tidak buat analisis dan random samplingkah
bahawa BELIAU PASTI AKAN KALAH? Kalau dah ada kepastian beliau akan kalah
kenapa beliau bertanding? Atau mungkin Zam Maidin bertanding kerana PASTI dan
YAKIN beliau akan memenangi kerusi parlimen Sungai Petani (selepas buat analisis)..
. tapi akhirnya tewas kerana kepastian itu hanya bersandarkan analisis beliau yang
menggunakan cara lapuk? Kesian Zam Maidin...
Jadi analisis Zam Maidin BN pasti akan hilang empat negeri sebagai
informasi berhemah? Saya sarankan beliau simpan pada dirinya sendiri saja. Analisis
kekuatan sendiri pun tak lepas lagi...
Saya cuba mahu mengulas lebih panjang penulisan Zam Maidin.
Tetapi jadi bosan membaca ‘info berhemah’ darinya yang banyak menyimpang dan
kelaut... boleh saya simpulkan penulisan ini hanyalah penulisan syok sendiri
dengan analisis sabun di bilik mandi.
Mungkin juga saya perlu berhenti membaca penulisan dari Zam
Maidin selepas saya sendiri pula membuat analisa terhadap penulisannya. Kesian
Zam Maidin... - Amp

