Baca: Besut : Video Dr Zakir Naik Hafal Bible
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Dalam perjumpaan tertutup itu, mereka meluangkan masa hampir satu jam bersama Sultan Mizan Zainal Abidin sambil membincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan di Terengganu terutamanya dalam bidang agama.
Sebelum ini, Dr Zakir telah dibawa ke beberapa tempat menarik di sekitar Terengganu sepanjang enam hari beliau berada di sini.
Pada malam ini beliau memberi syarahan penamat sempena Road Tour Dr. Zakir Naik di Terengganu di Padang Astaka, Cukai Kemaman pada jam 8.30 Malam yang bertajuk “Muslim’ Choice – Da’wah or Destruction.” – Terengganutimes
