Menu

Zaid Ibrahim merancang mengundang penasihat DAP, Lim Kit Siang ke majlis makan malam menjelang pilihan raya Sarawak 7 Mei ini.

Dalam acara itu yang digambarkan mewah itu, beliau berhasrat menyatakan kepada DAP agar tidak lagi perlu bersama dalam gabungan dengan PKR.

“Dalam majlis makan malam itu saya akan cadangkan ini: Lupakan kerjasama pilihan raya bersama-sama.

“Ia tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.

"Harapan terbaik untuk pakatan pembangkang yang boleh dipercayai adalah antara DAP dan Parti Amanah Negara (PAN),” katanya.

DAP dan PKR kini bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas gagal menyelesaikan pengagihan kerusi.

Baca: 


 
Top