Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilaporkan telah memancung tujuh kepala tebusan hari ini selepas lima jam berakhirnya tempoh pembayaran wang tebusan yang ditetapkan oleh kumpulan itu.
Baca: #PRNSarawak: Siapa Bawa Keluarga Mangsa Culik Ke Pentas Ceramah DAP?
Bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina masih belum mengesahkan sama ada kepala terbabit yang ditemui di Jolo merupakan milik empat tahanan yang dituntut wang tebusan oleh Abu Sayyaf iaitu dua lelaki Kanada, seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang muncul dalam rakaman video sebelum ini.
Menurut jurucakap tentara, Major Felimon Tan berkata; “Kami masih belum dapat menyatakan kepala siapa ditemui itu.”
Penduduk melihat dua lelaki bermotosikal membuang beg plastik mengandungi kepala terbabit di tengah bandar Jolo
Abu Sayyaf mengancam memenggal seorang daripada empat tebusan hari ini, jika wang tebusan 300 juta peso (AS$6.4 juta) setiap seorang tidak dibayar pada jam 3 petang waktu tempatan. Mereka ditawan di sebuah resort di Pulau Samal pada 21 September lalu.
Militan Abu Sayyaf juga sedang menahan beberapa lagi rakyat asing termasuk 4 rakyat Malaysia dan 14 Indonesia iaitu kru bot tunda, serta seorang Belanda dan seorang Jepun.-MYNEWSHUB.CC