Mungkinkah memang wujud unsur ‘peras ugut’ oleh pakatan pembangkang terhadap SPRM? Lalu mereka sengaja tidak peduli dengan desakan umum agar satu siasatan dan tindakan segera memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke pejabat operasi mereka untuk disoalsiasat.
Mungkinkah benar memang wujud sesuatu yang cuba disembunyikan di antara SPRM dan pakatan pembangkang untuk melambat-lambatkan proses siasatan melibatkan pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng yang jelas terbukti mempunyai unsur rasuah apabila ‘menghadiahkan’ sebidang tanah untuk dikomersialkan kepada kenalan baik tuan rumah banglo mewah tanpa kolam renang yang disewanya selama 7 tahun itu? Tidak semena-mena SPRM mendedahkan hasil siasatan kes rasuah melibatkan orang lain terlebih dahulu pada hari cuti bekerja!
Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan pro aktif terhadap LGE dan juga ahli politik pembangkang yang lain seperti kes tertunggak melibatkan Teresa Kok yang sehingga kini sudah melepasi tempoh 4 tahun walaupun Skandal Solar Yayasan Selangor dilaporkan dengan bukti yang kukuh.
Kenapa SPRM begitu sepi bila mengendalikan sebarang perkaitan kes yang melibatkan ahli politik pembangkang?
Mungkinkah wujud unsur rasuah ‘mega’ iaitu rasuah ‘seks’ yang melibatkan pegawai tertinggi SPRM sendiri?
Menurut sumber, seorang pengarah yang pernah bertugas di SPRM Kelantan yang kini dipindahkan ke SPRM Putrajaya dikatakan mempunyai isu skandal seks yang dirakamkan oleh individu tertentu yang pro pembangkang untuk digunakan sebagai ‘peluru’ sekiranya SPRM mengambil tindakan tegas sebagai respon kepada laporan rasuah terhadap pimpinan parti pembangkang oleh orang awam. Baca seterusnya di sumber - SINI