Menu



Berkongsi sedikit pengalaman...

Meneliti kes Mantan MB Selangor Dr Khir dan Kes pembelian rumah LGE.
PART 2
" Definisi MB/CM sebagai "Penjawat Awam" telah dibahas dengan teliti oleh Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Mahkamah Persekutuan (dulu dikenali sebagai Mahkamah Agung) telah memutuskan bahawa MB/CM adalah penjawat awam walaupun beliau duduk pada ketika itu sebagai fungsi Pengerusi Syarikat milik Kerajaan Negeri.
Di dalam Kes LGE, beliau sendiri sebagai CM mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri.

Baca juga:  Skandal Banglo LGE: SPRM Mempunyai Rangkaian Bukti Yang Kukuh Untuk Kes Di Syorkan Untuk Pendakwaan -Peguam


Rakyat sudah maklum bahawa CM atau MB mempunyai banyak pengaruh dan kuasa di dalam membuat keputusan dalam mesyuarat Exco Negeri.

Dari pengalaman saya...LGE pasti akan memberi alasan bahawa keputusan melulus dan menukarkan status tanah dari rumah kos rendah (disebut sebagai "tanah tersebut") kepada projek komersial dan di awardkan kepada syarikat (yang di katakan ada kaitan dengan pemilik rumah ) telah diluluskan oleh exco kerajaan negeri dan bukan beliau sendiri.

Saya berpendapat alasan ini merupakan satu alasan pembelaan yang amat lemah.

Perlu diingatkan bahawa LGE telah menyewa rumah tersebut lebih 7 tahun yang lepas dan sudah tentu mengenali siapa Tuan Rumah tersebut.

SPRM wajib menyiasat adanya dakwaan bahawa Tuan Rumah tersebut mempunyai kaitan dengan syarikat yang membeli tanah pembangunan komesial ini"

akan bersambung ...Seksyen 165 Kanun Keseksaan


Dari facebook peguam Lwyr Adzly


 
Top