Menu

Menurut sumber, selepas terpalit dengan imej kaki disko dan penggemar clubbing, Syed Saddiq yang dikatakan sebagai pendebat terbaik asia kononnya, kini semakin panas dengan skandal terbaru.

Baca:


Semalam telah tersebar satu berita bahawa Syed Saddiq terlibat dengan lakonan dalam sebuah filem lucah. Beberapa laman web termasuk portal hiburan telah memuatnaikkan berita tersebut yang pastinya akan memalukan negara.

Hasil carian mendapati, kandungan asal berita tersebut diambil dari laman web 9GAG yang mendakwa, bahawa anak muda Malaysia tersebut merupakan pelakon porno termuda didalam industri terbabit.


Bagaimanapun, Syed Saddiq didalam laman sosial Twitternya tidak pula menafikan berita tersebut dan menunjukkan rasa marah. Anak muda tersebut malah dilihat mengambil mudah serta seolah-olah tak kisah dengan penyebaran berita itu.

Tambah mengejutkan apabila Syed Saddiq masih mampu berlawak dengan mengatakan akan mendermakan RM 2.6 billion kepada sesiapa yang boleh mencari video lucahnya.



Tindak balas Syed Saddiq ini langsung tidak menggambarkan intelektual beliau yang dikatakan sebagai pendebat terbaik asia. Malah tak keterlaluan jika rakyat melihat tindakbalas Syed Saddiq adalah sama seperti budak-budak mentah sahaja.

Jika inilah mentaliti yang ditunjukkan oleh seorang anak muda yang mahu dianggap sebagai "juara politik" dan juga mahu dijadikan ikon remaja oleh pembangkang, maka ia secara langsung akan merosakkan generasi muda negara.

Selepas kaki disko serta clubbing dan kini didakwa sebagai pelakon lucah, apa lagi pula selepas ini yang bakal kita dengar tentang Syed Saddiq? Apapun.., ia ternyata sangat memalukan!


 
Top