Menu

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah ditahan di luar negara kerana memandu memlebih had laju yang ditetapkan suatu ketika dahulu.

Baca:   Deklarasi Bukan Bermakna Kami Maafkan Mahathir - Dyana Sofya


Menurut bekas penjawat awam, Roslan Latif peristiwa tersebut berlaku ketika Abdullah yang lebih disinonim dengan panggilan Pak Lah menyandang jawatan Timbalan Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri.

Roslan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Kementerian Belia dan Sukan berkata, peristiwa tersebut disebabkan anggota polis yang bertugas itu tidak mengenali Pak Lah.

“Tahun 1981 Pak Lah kena tangkap dan kena gari kerana memandu laju dari Iowa City ke Carbondale di US. Masa tu Pak Lah Timbalan Menteri JPM/ Wilayah. Saya di belakang bersama Pak Aziz Shamsudin (Tan Sri).

“Pak Lah memandu dan Zain Badak (Dato Zain JKR) di depan, bila kena gari Pak Lah jerit… I’m a Minister… I’m a Minister tapi polis 2 orang tu buat tak kisah je pasal kat US Ministers hanya kat gereja. Nasib baik saya dengan Zain ada students cards (kad pelajar) dan ingat nombor telefon arwah Tan Sri Zain Azraai dan (selepas) polis itu bercakap dengan pihak kedutaan baru Pak Lah dibebaskan,” tulisnya ketika menceritakan semula detik lucu tersebut.
Sehubungan itu, Roslan turut menempelak bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai ‘kemaruk’ untuk kembali menjadi perdana menteri.
“Bila ‘Prime Minister’ (Najib), boleh bermain golf dengan Presiden Amerika (Obama) di pagi Krismas, diberi sambutan di negara Arab… kira hebatla tu. Itu sebab agaknya ada yang ‘meroyan’ nak jadi Perdana Menteri balik,” bidasnya secara sinis. – SuaraTV


 
Top