Menu

KEJAYAAN sesebuah negeri itu selalunya dapat dilihat sekurang-kurang setelah sepenggal ianya ditadbir namun berlainan pula dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Walaupun baru setahun lebih beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, kita telah dapat melihat perubahan besar dari segi kemajuan negeri dan kebajikan rakyat.

Baca:  


Dalam usaha untuk menjana pendapatan rakyat Terengganu, MB Razif kini berusaha mempromosikan pelancungan di negeri Terengganu. Oleh itu, beliau merealisasikan program Beautiful Terengganu yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac ini di Angsana Johor Bahru Mall.

Semalam, MB Razif bersama kepimpinan kerajaan negeri telah meraikan pengamal media dari Johor dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di Johor Bahru.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada rakan media Johor yang membantu dalam mempromosikan Karnival Beautiful Terengganu dalam media sosial, media elektronik dan media cetak.

Beliau turut mengharapkan mereka terus memberi sokongan kepada program ini dengan menghebahkan ke seluruh negeri Johor dan kawasan sekitar.

Hadir sama Yang DiPertua DUN Dato ‘ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Setiausaha Akbar kepada Menteri Besar Johor Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tegasnya, jika program seumpama ini mendapat sambutan hebat, tidak mustahil ia akan dibawa ke luar negara seperti Shanghai dan Huanxi di China dan sebagainya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada unit pelancongan negeri Terengganu yang bekerja keras dalam membuat persediaan dalam penganjuran Karnival Beautiful Terengganu dan ia lebih baik daripada Pesona Terengganu di Kuala Lumpur tahun lepas.

Untuk makluman, selain tiga program utama yang pernah disajikan pada tahun lepas dalam Pesona Terengganu, iaitu ‘Consumer Show’, ‘Trade Show’ dan ‘Terengganu Kitchen’, Beautiful Terengganu turut memperkenalkan ‘Travel Mart’.

‘Travel Mart’ tersebut akan mempromosikan serta menjual pakej-pakej pelancongan dan penginapan yang ada di Terengganu sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Terengganu 2017.

Dijangkakan sebanyak 36 agensi pelancongan bakal memenuhi slot ‘Travel Mart’ dalam Beautiful Terengganu tersebut.


 
Top