Menu

Dari SUMBER: Setelah disingkirkan dari menganggotai Pakatan Harapan tahun lalu, PAS dilihat terumbang ambing dalam meneruskan survivor politik mereka. Pelbagai cara mereka lakukan termasuk menggadaikan maruah dengan menjalinkan kerjasama dengan UMNO hanya untuk memastikan PAS kekal berkuasa.

Baca juga:  Bantah Deklarasi Mahathir-Kit Siang: Video "Saya Lihat Kezaliman Mahathir"
 
Terbaru, PAS dikatakan sedang sibuk untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah parti yang hidup segan mati tidak mahu, Parti Ikatan Malaysia.

Melucukan, seumpama diri mereka sendiri, PAS yang dilihat sedang menuju kehancuran, memilih sebuah parti yang dianggotai tidak sampai 5,000 orang untuk dijadikan sekutu, kononnya mahu membentuk blok pembangkang yang baru bagi menyaingi Pakatan Harapan.

Idea bodoh seumpama ini hasil daripada pemikiran jumud Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang dilihat mahu menjaga egonya yang enggan menampakkan mereka kini bekerjasama erat dengan UMNO. Sebaliknya mereka hanya mempergunakan Ikatan untuk mengalih perhatian.

Lebih mengharukan, PAS juga terkial-kial mencari jawapan kepada kehebatan Pakatan Harapan yang baru-baru ini berjaya menundukkan keegoan Tun Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bayangkan, setinggi-tinggi ego Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, dapat ditundukkan di kaki Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang.

Sudah pasti PAS akan berasa tercabar dengan kehebatan Pakatan Harapan. Justeru, tidak hairanlah bagaimana PAS mahu menunjuk jaguh dengan meletakkan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berada di kaki PAS dengan perjanjian penggabungan ini.


 
Top