Saya menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali mendedahkan hobi ketua kepada kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang yang suka berparti dan berpesta di kelab malam. Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium,
Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber
lagi, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun,
sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara.
Syed Saddiq dikatakan sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam
di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh
sesiapa pun. Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia
dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak
dapat dipastikan).
Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib
Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara
mengikuti program debat ini beberapa soalan:
1. Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa
Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam?
2. Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat
keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
3. Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang
perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial,
berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak
digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya?
Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?
Tidak dapat disangkal lagi bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini
mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu
ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan
Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat
Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.
Dan yang peliknya, mereka yang berpendirian liberal ini disokong oleh
seorang yang dianggap sebagai konservatif dan pro-Islam, iaitu Tun Dr.
Mahathir.
Saya berharap agar Syed Saddiq dapat tampil dan menafikan gambar-gambar
ini sebagai palsu, photoshop yang sengaja digunakan untuk menjatuhkan
kredibilitinya.
Namun, sekiranya gambar ini didapati benar, maka saya memohon kepada
pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk segera melakukan
sesuatu agar perkara yang sama tidak berulang agar nama baik UIAM
sebagai sebuah universiti ISLAM tidak tercemar oleh perbuatan sumbang
sebegini.
Saya dedahkan 4 keping gambar di dalam Kelab Malam Palladium dahulu sementara menunggu respon daripada UIAM.
Benarkah semua foto ini atau sekadar edit? Takkablah pelajar uni Islam antarabangsa suka buat benda benda begini, merekakan pelajar dari uni Islam. Mungkin Syed ni boleh jelaskan...





