Dari Facebook Page Dr. Mohamad Khir Toyo
Dakwaan sesetangah pihak bahawa kes pembelian rumah Lim Guan Eng sama dengan kes Dr Mohamad Khir Toyo adalah tidak benar.
Dr Khir membeli rumah separuh siap mengikut harga penilaian pasaran oleh penilai hartanah Rahim and Co. Dr Khir didapati bersalah kerana membeli rumah dari orang yang ada hubungan rasmi dengan beliau walaupun tiada keistimewaan diberikan kepada Shamsudin Haryoni.
Manakala kes Lim Guan Eng, beliau dituduh menyewa rumah dengan harga murah dan kemudian membeli rumah tersebut dengan harga di bawah nilai pasaran dari pada Miss Phang.
Pada masa yang sama syarikat Phang telah membeli tanah dari kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan komersial. Tanah ini sebelumnya telah digazetkan sebagai tanah pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT).
Ini bermakna Lim Guan Eng telah memberi keistimewaan kepada penjual rumah beliau.
Mengapa Khir Toyo didakwa dan Lim Guan Eng tidak? Anda kena tanya Peguam Negara dan SPRM - Admin.
