Menu

Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’. 

Baca:  Ketua Challenger, Syed Saddiq Kaki Clubbing, Kaki Kelab Malam dan Kaki .... ?

Baca:
Video: ‘Saya Fitnah Najib, Rosmah Bunuh Altantuya Sebab Tekanan’ -Isteri P Balasubramaniam

Menurut Nashita Md Noor pemimpin parti pembangkang telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.

“Kita tidak pernaha terfikir pakatan akan bergabung dengan orang paling zalim walaupun dia (Mahathir) keluar Umno namun Muhyiddin, Mukhriz dan Sanusi masih orang Umno jadi fikiran saya sukar nak terima perkara ini.

“Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat-amat menyakitkan hati saya,” katanya.

Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.

Minggu lalu, beberapa pimpinan PH termasuk Mat Sabu menandatangani Deklarasi Rakyat menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Selain Mat Sabu, ia turut disertai penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin dan beberapa pimpinan PH yang lain. – SuaraTV




 
Top